Jumaat, 24 Jun 2011

Petani tak pernah mandi 37 tahun

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/23/article-0-0CB12A0D00000578-453_233x632.jpg
Kailash Singh



Seorang petani di Mumbai, India, Kailash Singh yang berusia 65 tahun tidak pernah mandi lebih 35 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia juga tidak pernah memotong dua tocang sejak dia berkahwin pada 1974.Tocang itu kini sepanjang 1.82 meter.
Ketika menjelaskan kenapa dia tidak pernah mandi, Kailash berkata, seorang guru agama Hindu memberi jaminan dia akan dikurniakan seorang anak lelaki dan pewaris jika nasihat tersebut diikuti.
Kailash hanya mempunyai tujuh anak perempuan dan tidak mempunyai anak lelaki.
Menurut isterinya, Kalavati Devi, 60, suaminya pernah menyatakan dia sanggup mati daripada mandi.
Isterinya itu pernah mengancam untuk tidak tidur bersamanya jika dia tidak mandi. Bagaimanapun, keputusan untuk tidak tidur ditarik balik setelah menyedari dia perlu menjadi isteri yang setia dengannya.
Walaupun tidak mandi, dia hanya membasuh muka dan tangannya dengan air.
Kailash mengembala lembu dekat bandar Varanasi yang mencatatkan suhu panas sehingga 47 darjah celsius. - Agensi.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/23/article-0-0CB1299100000578-523_468x771.jpg
Kailash Singh dan isterinya


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/23/article-0-0CB1298800000578-411_468x435.jpg



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/06/23/article-0-0CB1291300000578-434_468x347.jpg
Kailash Singh bersama keluarganya