Selasa, 26 April 2011

Anai-anai suspek kes rompakan bank

http://dominicanewsonline.com/dno/wp-content/uploads/2011/04/termites.jpg


 
Pihak berkuasa telah mengenal pasti  suspek satu kes rompakan bank utama di India iaitu anai-anai.

Serangga itu telah memakan wang kertas berjumlah sekitar 10 juta rupee (RM672,813) di sebuah bank di bandar Arthur, utara India.
Pihak berkuasa bagaimanapun, hairan bagaimana 'penjenayah kecil' itu dapat menyelinap masuk ke dalam peti besi untuk melakukan 'jenayah' berkenaan yang disedari pada 19 April lalu.

" Siasatan kes ini tertumpu kepada bagaimana anai-anai itu boleh masuk dan memakan wang kertas yang disimpan di rak-rak besi," kata seorang pegawai polis tempatan, Navneet Rana kepada wartawan pada minggu lalu. 

Pengurus bank berkenaan, bagaimanapun, memberitahu sebuah akhbar tempatan, Global Post bahawa bank itu terletak di dalam bangunan kayu lama yang telah diserang anai-anai.-Agensi.