Selasa, 26 April 2011

Buaya liar menyelinap masuk ke rumah

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/24/article-1380217-0BC2CCD500000578-302_634x384.jpg
Seekor buaya berada di bilik mandi rumah Alexis Dunbar di daerah Manatee, Florida pada Sabtu lalu.


Seekor buaya liar dilihat berehat di bilik tidur sebuah rumah menyebabkan pemilik kediaman itu, Alexis Dunbar berasa terkejut, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya sepanjang 1.82 meter itu ditemui Alexis semasa dia pulang ke rumahnya pada Sabtu lalu di daerah Manatee, Florida.
Haiwan itu turut memasuki bilik mandi rumah tersebut.Alexis kemudian bergegas keluar dari rumah tetapi tiba-tiba teringatkan dua kucing peliharaannya yang masih berada di dalam rumah.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/24/article-1380217-0BC2CCD900000578-907_634x384.jpg
buaya tersebut mengalami kecederaan kerana haiwan tersebut memasuki lubang sempit untuk laluan kucing di pintu rumah.


"Saya menganggap kucing saya sudah dibaham haiwan itu. Terdapat tompokan darah di beberapa tempat (di dalam rumahnya)," katanya.
Namun, selepas diperhatikan darah itu, ia dilihat datang dari buaya tersebut yang mengalami kecederaan kerana haiwan tersebut memasuki lubang sempit untuk laluan kucingnya di pintu rumah.
Dua ekor kucing miliknya kemudian keluar dari tempat persembunyian dan berada dalam keadaan menggeletar.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/24/article-1380217-0BC2CCE500000578-901_634x384.jpg
Pakar-pakar haiwan datang ke rumah itu untuk menangkap buaya berkenaan


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/24/article-1380217-0BC2CCE100000578-326_634x384.jpg
Seorang pakar buaya menarik dengan tali seekor buaya yang menceroboh rumah Alexis Dunbar.


Pakar-pakar haiwan yang datang ke rumah itu untuk menangkap buaya berkenaan berkata, ia mungkin datang dari sebuah kolam di belakang rumah Alexis.- Agensi.