Selasa, 26 April 2011

Hantu Bilik Mayat Dirakaman CCTV


Susuk putih berkelibat cepat terakam di kamera CCTV salah satu hospital di Situbondo, Jawa Timur. Dipercayai, makhluk putih tersebut adalah hantu penunggu bilik mayat di hospital tersebut.

Dalam rakaman CCTV ternampak hantu tersebut berkelibat dengan cepatnya dari dalam bilik mayat yang ada di hospital itu ke kawasan parkir kenderaan dan kembali masuk semula ke dalam bilik mayat.

Salah seorang petugas di hospital itu memberitahu, dia tidak mengetahui makhluk apakah yang terakam di rakaman CCTV itu. Namun dapat dipastikan kelibat itu bukanlah manusia.

"Larinya sangat cepat seolah-olah seperti terbang, jadi tak mungkin itu manusia, lagipun disitukan bilik mayat," ujar petugas tersebut.

Peristwa ini menjadi perbincangan hangat warga sekitar. Banyak dari mereka yang merakam kejadian ini melalui handphonenya.

Pihak hospital sendiri membantah jika makhluk yang terakam tersebut adalah hantu. Ini kerana, selama ini tidak pernah  pengunjung atau pesakit yang pernah mengeluh adanya hantu.
 
sumber: berita8.com