Jumaat, 15 April 2011

Bas unik umpama limousin

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B9227D300000578-230_634x410.jpg
BAS unik dipamerkan pada Pameran Dunia Persatuan Pengangkutan Antarabangsa di Dunia yang bermula 10 April hingga semalam.



DUBAI - Satu kumpulan pereka Belanda dari Universiti Delft TU termasuk bekas angkasawan negara itu, Wubbo Ockels berjaya mencipta bas unik(Superbus) yang bernilai AS$18.75 juta (RM56.70 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Bas unik itu umpama limousin tetapi ia mempunyai enam tayar dan boleh membawa 23 penumpang manakala panjang kenderaan tersebut adalah 4.57 meter.
Kenderaan tersebut boleh bergerak selaju 255 kilometer sejam, mempunyai 12 pintu, dijana dengan satu motor elektrik dan bateri litium polimer.
Bentuk luaran kenderaan itu yang aerodinamik membantu ia menggunakan bahan bakar dengan efisen.
Ketua jurutera reka bentuk bas itu ialah Antonia Terzi yang pernah bekerja dengan pasukan kereta lumba Formula Satu, BMW Williams.
Projek pembinaan bas itu mengambil masa selama tujuh tahun yang bermula pada 2004. - Agensi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B7A475D00000578-346_634x321.jpg
Mewah: Bas unik ini  boleh membawa 23 penumpang dan mencapai kelajuan sehingga 155mph
 
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B7A0E1C00000578-464_634x361.jpgBentuk bas unik yang mengandungi 12 pintu dan 6 tayar manakala panjangnya 4.57 meter....


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B7A47E100000578-556_634x378.jpg
Bangga: Bekas angkasawan Belanda Wubbo Ockels adalah ahli kumpulan yang mereka bas unik ini....


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B9229C600000578-417_634x281.jpg 
Mempunyai 12 pintu sayap camar dan memudahkan penumpang untuk masuk dan duduk di atas kerusi yang empuk dan lebar..........


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/13/article-1376515-0B806C9900000578-173_634x434.jpg
Prototaip Superbus dimuatkan ke dalam pesawat kargo di Lapangan Terbang Schiphol untuk penghantaran ke Pameran Dunia Persatuan Pengangkutan Antarabangsa di Dubai.....