Selasa, 26 April 2011

Hidup lebih lama kerana makan jeli raja

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/24/article-1380138-0890BE09000005DC-379_233x423.jpg
Seekor lebah dalam sarang lebah



Satu kajian di Jepun mendapati ratu lebah hidup 40 kali ganda lebih lama daripada lebah-lebah lain disebabkan serangga itu memakan cecair dikenali sebagai jeli raja, lapor sebuah akhbar semalam.

Jeli raja merupakan bahan putih susu yang terdapat pada kelenjer madu.
Ramuan aktif jeli raja yang dihasilkan daripada debunga dan rembesan kepala lebah jururawat membantu ratu lebah menjadi 42 peratus lebih besar dan 60 peratus lebih berat daripada lebah-lebah lain.

Beberapa eksperimen ke atas lalat buah dan lebah madu mendapati protein jeli raja tersebut mengaktifkan molekul-molekul yang menyebabkan ratu lebah membesar dengan lebih cepat.

"Lebah madu memiliki dua kasta iaitu ratu dan lebah pekerja," kata seorang penyelidik Universiti Negeri Toyama, Dr. Masaki Kamakura.
"Perbezaan ini bukan hanya bergantung pada kelainan genetik tetapi makanan kerana ratu lebah memakan jeli raja," katanya.

Menurutnya, sejak ribuan tahun dahulu,manusia kagum dengan khasiat jeli raja dengan masyarakat Mesir kuno menggunakannya untuk mengekalkan keremajaan kulit mereka.

Kini, ia digunakan dalam krim muka dan produk kosmetik lain serta amat popular di Eropah.-Agensi.