Rabu, 27 April 2011

Pokok jati berbuahkan pisang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-XlDZG4aDKkrUeJunkLYZaKfrmjQbiTsVh5Z7FU4mdtYtMsgA9EsiPuUzZX0CpT80Fj8i-PV6euBo8q5K7VqEVwyBB26tGLEh8fNh6XeVV4ooYCkFoOtuCNtJ2gzpfGiO2bTLaLntIZz7/s1600/POHON+JATI.jpg
Sebatang pohon jati mengeluarkan buah seperti pisang di Ponorogo, Indonesia sejak Khamis lalu


Sebatang pokok jati milik Misdi, seorang penduduk di Ponorogo, Indonesia, mengeluarkan buah seperti pisang, lapor sebuah akhbar.

Pokok jati setinggi tujuh meter dan berusia tiga tahun yang tumbuh di pinggir sawah itu kini menjadi tumpuan orang ramai sejak penemuan buah tersebut khamis lalu.
Menurut Misdi, dia tidak menyangka pokok jati itu akan mengeluarkan buah seperti pisang.

"Pokok jati ini tumbuh seperti biasa. Tidak ada hal yang aneh," katanya.
Penduduk yang melihat pokok itu mendapati beberapa buah kecil berwarna hijau yang kelihatan mirip pisang.

Bagaimanapun, beberapa penduduk mendakwa ia mungkin bunga yang menumpang pada pokok tersebut tetapi tidak mekar menyebabkan ia kelihatan seperti buah pisang.-Agensi.


sumber foto: Lintas Informasi