Selasa, 5 April 2011

Cico sertai Pas?

http://2.bp.blogspot.com/-yQC20b1AGho/TZRrWvhBsRI/AAAAAAAANv4/uHOyvTK2g64/s1600/cico.jpg


Baru-baru ini, tersebar di Internet gambar pelakon Cico Harahap bersama Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad.

Mereka bertiga dikatakan baru selesai menghadiri kuliah Maghrib yang diadakan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Cico yang berserban dan berbaju Melayu putih kelihatan berbeza berbanding imej yang sering dibawanya.

Kelibat Cico itu menimbulkan tanda tanya sama ada anak kepada penyanyi veteran, Uji Rashid itu turut mengikut jejak langkah Bob Lokman yang menyertai parti politik.

Sebelum ini, Bob Lokman mengisytiharkan dirinya sebagai ahli Pas. Dia juga sering terlibat dalam ceramah bersama pemimpin Pas yang lain.

Setakat ini, Cico belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal terbabit.

Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi Cico, namun pelakon filem Mistik itu tidak dapat dihubungi.

Cico menceburi bidang lakonan dengan filem pertamanya Kekasih Awal dan Akhir pada 1993. Filem terbaru yang dibintanginya adalah Ratu The Movie.