Sabtu, 9 April 2011

Monyet kawal robot


KELIHATAN di skrin seekor monyet berlari di atas mesin lari setempat.


YANG ini memang aneh tetapi itulah yang telah dieksprimentasikan oleh sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
Dalam satu demonstrasi di makmal Advanced Telecommunications Research Institute International (ATR) di bandar Seika, Kyoto, sebuah robot humanoid dilihat menggerakkan kakinya setelah mendapat signal daripada minda monyet yang sedang berlari di atas mesin lari setempat di sebuah makmal di AS.
Eksperimen ini telah dilaksanakan dengan penuh sukses oleh pengkaji-pengkaji itu yang diketuai oleh pengarah Makmal Neurosains Berkomputer ATR, Mitsuo Kawato.
Mereka berjaya mengawal robot humanoid itu dengan signal daripada otak monyet menerusi internet dengan beza masa 0.05 saat sahaja.