Rabu, 6 April 2011

Rakaman kamera tidak diragui, sahih 100 peratus


IMEJ Penjahat Empat Jahanam yang dirakam CCTV sebuah klinik di Ampang, Selangor pada 7 Disember 2009.



KUALA LUMPUR – Antara sebab mengapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) harus dipercayai ialah ia begitu sahih iaitu hampir 100 peratus benar, kata penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim.
Menurut beliau, imej yang timbul itu tidak boleh diubah memandangkan ia menceritakan bentuk fizikal suspek dan gerak geri seseorang daripada semua sudut pandangan depan, belakang dan tepi.
“Justeru, sesuatu imej yang dirakamkan itu tidak seharusnya diragui. Satelit di angkasa juga merupakan salah satu CCTV yang merakam segala aktiviti di galaksi dan ia sentiasa dipercayai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber : kosmo!