| Lillie-Mai Jackson |
CUMBRIA - Seorang bayi perempuan yang menjalani pembedahan sebanyak 11 kali dan didakwa tiada harapan untuk hidup mengejutkan keluarganya apabila sudah pulih sepenuhnya.
| Lillie-Mai Jackson sebelum pembedahan |
Lillie-Mai Jackson yang baru berumur enam bulan menghidap penyakit meningitis atau keracunan darah semasa berumur 14 minggu, menyebabkan kedua kaki dan tangan kirinya terpaksa dipotong akibat serangan virus berbahaya itu.
| Lillie-Mai Jackson bersama ibubapanya Rupert Jackson dan Belinda Little |
Bayi comel bermata biru itu juga terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan pada Januari lalu.
Walaupun pada mulanya doktor hanya memberikan Lillie-Mai tempoh dua jam untuk hidup tetapi kini bayi pasangan Belinda dan Rupert Jackson itu terus hidup dan sihat seperti bayi normal lain.
sumber: Daily Mail