Nenas bentuk kipas |
KARAK – Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Sungai Padang dekat sini tidak menyangka nenas yang ditanamnya sejak dua tahun lalu mempunyai bentuk luar biasa berbeza dari nenas ditanamnya sebelum ini.
Hassan Deris, 60, berkata, dia menyedari kelainan pada nenas itu sejak ia mula membesar dan hanya membiarkannya hidup seperti biasa.
Menurutnya, antara 100 pokok nenas jenis Sarawak yang ditanamnya itu, hanya satu pokok sahaja menunjukkan kelainan seperti ini.
“Ahad lalu, anak saya mengambil keputusan memotong nenas ini dan kami semua terkejut kerana ia berbentuk seperti kipas.
“Jika nenas lain mempunyai hanya satu jambul tetapi nenas ini mempunyai lebih dari 20 jambul dan badannya berkembar enam,” katanya kepada Sinar Harian.
Hassan berkata, beratnya pula hanya 3.5 kilogram walaupun lebih lebar jika dibandingkan dengan sebiji nenas biasa yang beratnya mencecah 3 kilogram.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya mendengar dan melihat keanehan yang berlaku pada buah-buahan seperti pisang sebagaimana disiarkan di media massa namun kini dia sendiri berdepan situasi itu.
“Sepanjang menanam nenas ini, saya menjaganya seperti biasa dan meletakkan baja bagi menggalakkan tumbesarannya namun tidak menjangka hasil yang keluar pada kali ini sungguh luar biasa.
“Sehingga hari ini (semalam) hanya ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja mengetahui berkaitan keunikan nenas ini,” katanya.
Hassan berkata, setakat ini mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang perancangan namun tidak menolak kemungkinan akan menjualnya sekiranya ada yang berminat membeli nenas unik ini.
Menurutnya, mereka yang ingin melihat sendiri keunikan nenas ini boleh datang ke kediamannya dekat sini dan menghubungi talian 017-972 7762.