Rabu, 25 Mei 2011

Kereta kalis bom Obama tersekat di Dublin

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390080-0C39B86200000578-877_634x519.jpg
Kereta limousin yang dinaiki anggota rombongan Barack Obama tersekat dibonggol pintu keluar Kedutaan Amerika Syarikat di Dublin kelmarin


Kereta limousin kalis bom berharga lebih AS$1 juta (RM3.05 juta) yang dinaiki beberapa anggota rombongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tersekat di pintu keluar Kedutaan AS di Dublin kelmarin.

Ketika kejadian kereta itu tidak dinaiki oleh Obama dan isterinya yang melakukan lawatan selama sehari ke Ireland.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390080-0C39B84E00000578-437_634x450.jpg
Beberapa pekerja memeriksa limousin yang dinaiki anggota rombongan Barack Obama yang tersekat di bonggol Kedutaan Amerika Syarikat di Dublin kelmarin

Kereta itu tersekat di atas bonggol kecil yang terletak di pintu keluar Kedutaan tersebut sehingga menyebabkan ia tidak boleh bergerak.


Beberapa pegawai memeriksa kenderaan itu dan ia terpaksa ditarik dengan menggunakan sebuah trak penunda. - Agensi