Rabu, 11 Mei 2011

Lelaki pertama terjun dari menara tertinggi dunia

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/10/article-0-08D97CB7000005DC-530_468x319.jpg
Bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.


DUBAI - Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini dari tingkat 147 semalam.

Lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an dan mempunyai latar belakang Asia Selatan merupakan individu pertama membunuh diri di bangunan setinggi 828 meter itu.

Mayatnya jatuh di teres tingkat 108 dan menurut laman berita Gulf News, lelaki berkenaan membunuh diri selepas bergaduh dengan pihak pengurusan syarikat tempat dia bekerja. - Agensi