Rabu, 11 Mei 2011

Kereta Mustang berusia 45 tahun bergerak 1.6 juta km


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/10/article-1385445-0BFB0D8C00000578-202_634x293.jpg
Bentuk kereta FORD GT Mustang milik Bob Lucas



SANTA ANA, Amerika Syarikat - Seorang pesara guru yang membeli sebuah kereta Ford GT Mustang 289 pada 1965 dengan harga AS$6000 (RM17,937) mendapati kenderaan itu masih berfungsi dengan baik walaupun ia sudah bergerak sejauh 1.6 juta kilometer(km) dan berusia 45 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa membeli kereta itu ketika dia berusia 34 tahun, pesara guru tersebut, Bob Lucas yang kini sudah mempunyai enam cucu tidak menyangka ia kini masih boleh digunakan.

" Saya menggunakan kereta itu untuk pergi ke gereja, lawatan keluarga,  percutian dan anak perempuan saya turut belajar memandu dengan kenderaan ini," kata Lucas

Menurutnya, ramai pengumpul kereta lama membuat tawaran untuk membeli kereta itu tetapi dia tidak mahu menjual kenderaan tersebut. - Agensi


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/10/article-1385445-0BFB0D8000000578-428_634x387.jpg
Bahagian hadapan kereta Ford GT Mustang milik Lucas



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/10/article-1385445-0BFB0D7C00000578-878_634x365.jpg
Bob Lucas duduk di dalam kereta Ford GT Mustang miliknya yang berusia 45 tahun



http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/10/article-1385445-0BFB0D9000000578-118_634x330.jpg
Panduan manual kereta Ford GT Mustang