Isnin, 16 Mei 2011

Kamera rakam imej hantu berambut panjang

http://us.images.detik.com/content/2011/05/14/475/hantu-perempuan-D.jpg
Imej hantu wanita berambut panjang yang dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera di Kota Pasuruan, Jawa Timur pada Khamis lalu.


SURABAYA - Sebuah kamera telefon bimbit merakamkan imej hantu berambut panjang yang sedang duduk di atas kerusi di sebuah pejabat pentadbiran wilayah di Kota Pasuruan, Jawa Timur, lapor akhbar Detiksurabaya.com semalam.

Imej itu dirakamkan Khamis lalu pada waktu tengah hari dan ia kemudian diedar dengan cepat dalam kalangan pegawai pejabat berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum diketahui siapa yang merakamkan imej hantu itu.Seorang pegawai itu percaya imej yang dirakamkan itu ialah hantu.

Menurutnya, beberapa pegawai di pejabat itu pernah diganggu oleh makhluk halus semasa mereka sedang bekerja. - Agensi.