Selasa, 24 Mei 2011

Petani didenda pandu traktor melebihi had laju

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/22/article-0-0C33AD6C00000578-27_634x344.jpg
Clive Langford-Mycock berdiri dekat kamera polis yang merakamkan dia memandu tarktor melebihi had laju.

Seorang petanidi Leek, didenda sebanyak £90 (RM444,409) dan diminta menghadiri kursus memandu selepas kamera polis merakamkan dia memandu traktor melebihi had laju, lapor sebuah kahbar semalam.

Petani itu, Clive Langford-Mycock, 53, memandu pada kelajuan 61 kilometer sejam melebihi had laju yang ditetapkan pada 48 kilometer sejam.

"Had laju itu berubah dengan cepat  dari 48 kilometer sejam kepada 64 kilometer sejam dan saya tidak sempat untuk memperlahankan traktor saya," kata Clive yang mengulas mengenai denda itu kerana dia memandu melebihi had laju di Uttoxeter pada 25 Jun depan. - Agensi