Rabu, 25 Mei 2011

Roda berpusing gergasi di Las Vegas

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390128-0C3B2B5000000578-832_468x325.jpg
Lakaran artis roda berpusing gergasi yang akan siap dibina pada 2013 di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Sebuah syarikat pemaju hartanah Compass Investments merancang untuk membina roda berpusing gergasi di Las Vegas yang lebih besar dari London Eye, lapor sebuah akhbar semalam.


Roda berpusing di bandar perjudian ini setinggi 152.4 meter dan dijangka siap hanya dalam tempoh 18 bulan pada 2013.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390128-037DC8F5000005DC-186_468x286.jpg
Roda berpusing London Eye yang terdapat di London

Roda berpusing London Eye di London hanya setinggi 135.02 meter.Sejumlah pekerja mula membersihkan kawasan yang seluas hampir 4.45 hektar kelmarin manakala sebuah hotel yang dibina pada tahun 1950-an akan dirobohkan bagi memberi ruang untuk projek tersebut.


Setiap gondola roda berpusing itu boleh memuatkan 25 penumpang.Syarikat pemaju itu menyatakan gondola itu boleh disewauntuk digunakan sebagai tempat penganjuran parti peribadi.


Setiaap satu pusingan mengambil masa selama 30 minit dan sebuah gondola mempunyai keluasan seperti bilik tidur keluarga.




http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390128-0C3B2B1E00000578-347_468x286.jpg

Antara lakaran artis


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/23/article-1390128-0C3AAC3200000578-735_468x286.jpg

Roda berpusing di sini merupakan sebahagian daripada projek syarikat swasta bernilai AS$100 juta (RM305 juta) yang juga melibatkan pembinaan sebuah roller-coaster, restoran, ruang hiburan dan kedai. - Agensi.