Rabu, 25 Mei 2011

Beli Lamborghini RM1.23 juta tanpa pandu uji

http://carmotif.com/wp-content/uploads/2011/03/2012-Lamborghini-Aventador-LP700-4-white.jpg
Kereta Lamborghini LP700-4

Seorang lelaki di Beijing telah membeli sebuah kereta Lamborghini LP700-4 di sebuah pusat pengedaran kereta di Xiamen pada harga AS$1.23 juta (RM3.75 juta) tanpa memandu uji terlebih dahulu, lapor sebuah akhbar  
Straits Herald semalam.

Kereta sport itu dipamerkan di Pertunjukkan Kereta Shanghai pada penghujung April lalu. Lelaki itu membuat keputusan untuk membeli Lamborghini tersebut semasa dia mengunjungi buat kali ke dua pusat pengedaran kereta berkenaan.

Dia hanya melihat gambar itu sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan tersebut tanpa membuat pandu uji.

Di China, pembeli perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian kerana kereta itu tidak mempunyai stok yang mencukupi.

Lelaki yang berumur dalam 40-an itu membuat sekali pembayaran menjadikan dia pembeli pertama Lamborghini LP700-4 di Wilayah Fuji.

Pembeli itu merupakan pemilik sebuah syarikat dan peminat kereta sport selain mempunyai koleksi pelbagai jenis kenderaan di rumahnya. - Agensi.