Ahad, 15 Mei 2011

Kapal terbang tenaga solar

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386759-0C09B00400000578-260_964x583.jpg
Solar Impulse


BRUSSELS 14 Mei – Sebuah pesawat menggunakan kuasa solar mendarat di bandar raya ini semalam selepas melakukan penerbangan selama 12 jam dari Switzerland, percubaan pertama seumpamanya di dunia.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/14/article-1386759-0C0CE94500000578-426_964x577.jpg

  
Pesawat prototaip yang mempunyai satu tempat duduk itu berlepas dari lapangan terbang Payerne di Switzerland pada pukul 8.40 pagi (2.40 petang waktu Malaysia) selepas tiga jam tergendala ekoran angin kencang.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386759-0C09D54600000578-984_964x637.jpg
 Juruterbang Andre Borschberg, (kanan), bersama ketua pasukan Solar Impulse, Bertrand Piccard
  

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386759-0C09A83B00000578-182_964x923.jpg

 
Pesawat Solar Impulse itu mempunyai empat enjin serta sayap yang sama panjang dengan Boeing 777 dan telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2009 di Switzerland.

Tahun lalu, ia berjaya menyempurnakan penerbangan selama 26 jam tanpa henti, sekali gus membuktikan pesawat itu boleh bertahan semalaman dengan menggunakan tenaga solar yang dikumpulkannya di siang hari.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/14/article-1386759-0C0CE92200000578-774_964x707.jpg

 
Pasukan Solar Impulse diketuai oleh juruterbang Andre Borschberg dan pengembara Bertrand Piccard berkata, penerbangan sejauh 600 kilometer merentasi Perancis, Luxembourg dan Belgium itu adalah satu cabaran baru kepada mereka kerana ia memerlukan pemanduan arah untuk melalui ruang udara antarabangsa.

Ia dijadual melakukan penerbangan ke Perancis pada Jun ini dan akan dipamerkan di pameran udara Paris.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/14/article-1386759-0C0CD57800000578-535_472x423.jpg
Bertrand Piccard (kiri) ,mengucapkan tahniah kepada Juruterbang Andre Borschberg,( kanan), setelah dia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels

“Saya rasa sangat lega. Selama beberapa bulan saya sangat bimbang jika pesawat ini menghadapi masalah teknikal atau berhadapan dengan masalah cuaca buruk ketika melakukan penerbangan bersejarah ini.

“Kami selalu berharap pesawat ini akan menjadi duta kepada tenaga diperbaharui,” kata Piccard. – Agensi