Rabu, 4 Mei 2011

Budak jual 3,000 lukisan kumpul biaya rawatan kanser

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-1382739-0BDE876C00000578-938_634x430.jpg
AIDAN melukis gambar raksasa kegemarannya di atas katil hospital sewaktu sedang menjalani rawatan.


Seorang kanak-kanak, Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010.
Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan.
Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih.
Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan.
Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.
Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. - Agensi



   http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-1382739-0BDE8B0A00000578-390_306x423.jpg    http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-1382739-0BDE8B1800000578-163_306x423.jpg
 Antara lukisan yang dihasilkan oleh Aidan


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-1382739-0BDE8C0800000578-895_634x639.jpg
 Aidan bersama ibu dan bapanya Katie dan Wiley.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/02/article-1382739-0BDE8C4900000578-96_634x451.jpg
Aidan kini tidak lagi menjual lukisannya setelah keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235).