Ahad, 8 Mei 2011

Denda RM50 jika halang lalulintas

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/01/keria-bodoh-mpkbbri.jpg?w=432&h=288
Gambar sekadar hiasan...........


GEORGETOWN: Denda RM50! Itulah kadar kompaun yang bakal dikenakan ke atas pemilik kereta yang menghalang dan mengganggu lalu lintas di sekitar pusat bandar ini selain tindakan mengunci roda dan menunda kenderaan bermula 1 Jun depan.
Tindakan itu akan dilaksanakan Bahagian Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai satu hasrat penambahbaikkan sistem lalu lintas di pulau itu.

Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail berkata, tindakan mengunci roda dan menunda kenderaan itu dilakukan selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2011).
Menurutnya, MPPP akan mengadakan kempen pendidikan dengan menasihati pemandu kenderaan sebelum memulakan tindakan penguatkuasaan bulan depan.

Katanya, kempen diadakan selama dua minggu bermula semalam dan pada 23 Mei hingga 31 Mei ini pula, tindakan mengunci roda akan diambil terhadap mana-mana kenderaan yang menghalang atau mengganggu aliran lalu lintas.

“Tindakan mengunci roda akan dikeluarkan selepas pemandu diberi amaran tetapi tiada bayaran sepanjang tempoh percubaan itu, namun bermula 1 Jun depan tindakan kompaun mula dikenakan.
“Beberapa lokasi ‘panas’ yang sentiasa menjadi masalah kepada gangguan dan halangan lalu lintas termasuk di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Tikus, Jalan Burma antara Jalan Larut dan Jalan Chow Thye akan menjadi tumpuan tindakan penguatkuasaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perlancaran Unit Trafik MPPP bagi penguatkuasaan mengunci roda dan menunda kenderaan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Padang Kota Lama, di sini, semalam.
Menurut Patahiyah, ketika ini 20 anggota penguat kuasa Unit Trafik MPPP akan melaksanakan tugas berkenaan dan bayaran untuk membuka pengunci roda adalah RM50, manakala bayaran untuk tuntutan kereta yang ditunda adalah RM150 dan bayaran RM300 dikenakan untuk penundaan kenderaan berat termasuk bas.

Katanya, bayaran untuk menyimpan kenderaan yang ditunda pula adalah RM5 sehari dan bayaran untuk mengeluarkan pengunci roda boleh dibuat secara terus kepada pegawai penguat kuasa MPPP yang bertugas.

“Membuka pengunci roda boleh dilakukan dari jam 8 pagi hingga 10 malam dari Isnin hingga Ahad, kecuali hari kelepasan am.


sumber: MetroAhad