Isnin, 2 Mei 2011

Guna telefon bimbit rakam gambar dari udara

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381230-0BCB92D600000578-151_964x516.jpg
Gambar persimpangan bertingkat Birmingham yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit



Seorang jurugambar, Jason Hawkes dari Birmingham, Britain, merakam pemandangan dari udara dengan jelas walaupun dia hanya menggunakan telefon bimbit berkamera, lapor sebuah akhbar semalam.
Tanpa lensa khas, Hawkes sebaliknya menggunakan telefon bimbit berkamera 12 megapiksel jenama Nokia N8 untuk keseluruhan sesi penggambaran tersebut.
"Saya pada mulanya sangsi telefon bimbit berkamera dapat melakukan tugas ini tetapi saya kini kagum dengan keupayaan gajet ini," katanya.
Hawkes yang telah menghasilkan 35 buah buku fotografi pemandangan dari udara memberitahu, dia sebelum ini menggunakan kamera mahal seperti Nikon D3 yang berharga sekitar (RM19,799) untuk tujuan tersebut.-Agensi

Antara gambar-gambar yang dirakam oleh Hawkes dengan menggunakan telefon bimbit berkamera


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381230-0BCB92DE00000578-160_964x406.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381230-0BCB92F400000578-746_964x494.jpg


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/28/article-1381230-0BCB92FF00000578-970_964x446.jpg