Khamis, 5 Mei 2011

Helikopter paling kecil

HELIKOPTER ini mempunyai dua rotor yang bergerak ke arah bertentangan.



HELIKOPTER dengan pemandu paling kecil telah dipamerkan di Itali,di sebuah bandar kelahiran genius zaman Renaissance, Leonardo da Vinci, Vinci.

Merupakan ciptaan seorang lelaki Jepun, Gennai Yanagisawa, helikopter GEN H-4 tersebut dipertontonkan dalam satu demonstrasi dan pandu uji. Yanagisawa, 75 turut hadir dalam sesi demonstrasi tersebut. 

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/05/14/article-1019693-013C8C0A00000578-883_233x423.jpg
 GEN H-4 memiliki berat 70kg dan mampu terbang selama 30 minit dengan kelajuan paling tinggi kira-kira 56 batu sejam

Helikopter tersebut mempunyai dua rotor yang bergerak ke arah bertentangan dan empat buah enjin yang membolehkan penerbangan selama 30 minit dengan kelajuan paling tinggi kira-kira 56 batu sejam. Helikopter tersebut dijual pada harga 6 juta yen (RM186,449).