Selasa, 10 Mei 2011

Kedai kopi sedia pelayan separuh bogel diarah tutup

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/08/article-1384812-0BF4102700000578-235_634x425.jpg
Kedai kopi Grand View di Vassalboro, Amerika Syarikat diarah tutup kerana papan iklan menawarkan perkhidmatan yang dilarang pihak berkuasa tempatan



VASSALBORO- Sebuah kedai kopi di Amerika Syarikat (AS) yang menggaji pelayan lelaki dan wanita yang mendedahkan dada diarahkan tutup hanya kerana papan iklan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedai Kopi Grand View di sini menjadi tajuk utama akhbar tempatan apabila ia dibuka pada tahun 2009 kerana menawarkan layanan wanita separuh bogel.

Premis itu masih bertahan hingga kini walaupun terdapat bantahan daripada sekitar 5000 penduduk tempatan selain terdapat percubaan untuk membakar kedai berkenaan.

Bagaimanapun baru-baru ini ia diarahkan tutup oleh pihak berkuasa tempatan kerana meletakkan papan iklan yang menyatakan mencari wanita untuk mencuci kereta dalam keadaan separuh bogel.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/08/article-1384812-0BF4101500000578-913_634x443.jpg
Donald Crabtree, pemilik kedai,(kanan), bersama adiknya Paul dan Krista MacIntyre, (kiri), salah seorang pelayan di kedainya
Perkhidmatan itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tempatan memberitahu, arahan penutupan tersebut adalah kerana isu papan tanda berkenaan dan bukan disebabkan kedai itu menawarkan perkhidmatan pelayan separuh bogel.-Agensi