Sabtu, 7 Mei 2011

Pengasas Facebook beli rumah pertama

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/05/article-1384071-0D180CCC000005DC-866_306x438.jpg
Mark Zuckerberg membuat keputusan membeli rumah pertamanya selepas tiga tahun menjadi bilionair.
 


 Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 28, membuat keputusan membeli rumah pertamanya berharga AS$7 juta (RM21.02 juta) di sini setelah tiga tahun menjadi bilionair termuda di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/05/article-1384071-0BECABF900000578-403_634x419.jpg
RUMAH baru yang dibeli oleh Mark Zuckerberg di Palo Alto, California.

Rumah barunya yang mempunyai lima bilik itu terletak di kawasan kejiranan Crescent Park dan hanya 10 minit perjalanan ke pejabat barunya di Menlo Park.
Dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$13.5 bilion (RM40.54 bilion), dia sebelum ini hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.

Dia tinggal di rumah tersebut bersama kekasihnya, Priscilla Chan dan mereka dijangka bertunang dalam tempoh terdekat. - Agensi

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/06/article-1384071-0BF026A800000578-472_634x401.jpg
Sebelum ini Mark Zuckerberg hanya menyewa sebuah rumah dua tingkat di kawasan Palo Alto, California.
  

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/05/article-1384071-0BECBFD200000578-323_634x396.jpg
Salah satu rumah yang pernah disewa oleh  Mark Zuckerberg sebelum dia berpindah ke Palo Alto, California