Khamis, 5 Mei 2011

Pramugari Hong Kong belajar kung fu

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/04/article-0-0BD9E83200000578-493_468x305.jpg


HONG KONG: Kru pesawat Hong Kong Airlines mula mempelajari seni bela diri kung fu dalam usaha mereka berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang, terutama yang mabuk.
Melalui seni bela diri Wing Chun itu, pramugari diajar kaedah berkesan dan pantas mengalahkan seseorang penumpang agresif dalam tempoh singkat.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/04/article-0-0BD9D40700000578-982_468x295.jpg


Menurut kakitangan Hong Kong Airlines, kru kabin syarikat itu terpaksa berdepan sekurang-kurangnya tiga kes penumpang cuba bertindak liar setiap minggu.
Justeru, katanya, Hong Kong Airlines kini mewajibkan semua kru kabinnya mempelajari seni bela diri itu sebagai persediaan.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/04/article-0-0BD9D46B00000578-924_468x286.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/04/article-0-0BD9D45300000578-368_468x307.jpg

 
Sementara itu, jurulatih Wing Chin, Lu Heng, berkata seni bela diri itu berfaedah kerana ia dapat menjamin keselamatan anak kapal dan penumpang.

“Kaedah ini sangat berkesan ketika berdepan dengan seseorang dalam jarak dekat dan sesuai digunakan di atas pesawat,” katanya.
Sementara itu, pramugari, Lumpy Tang, 22, berkata dia tidak pernah terbayang mempelajari seni bela diri sebahagai sebahagian daripada tuntutan kerjanya.

“Pada peringkat awal kami agak terkejut, tapi kini Wing Chun makin digemari,” katanya. - TS