Rabu, 4 Mei 2011

Rusa berenang di laut kelirukan pengunjung

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BCA869100000578-26_634x419.jpg
Gambar seekor rusa sedang berenang yang sempat dirakam oleh Brown


LONDON- Seorang lelaki, Rich Brown yang melihat seekor binatang misteri sedang berenang di sebuah pantai di sini terkejut selepas mendapati ia sebenarnya seekor rusa, lapor sebuah akhbar semalam.

Brown yang menghabiskan hujung minggu bersama rakan-rakannya secara kebetulan melihat rusa itu sedang berenang di pantai di Duporth Bay, berdekatan St Austell di sini dan terus mengeluarkan kameranya untuk merakam gambar pelik tersebut. Menurut Brown kepada laman Daily Mail, pada mulanya dia tidak dapat mengecam haiwan yang sedang berenang itu.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-0-0BCA86D800000578-545_634x461.jpg







"Binatang itu kelihatan luar biasa dan saya menganggap ia muncul dari pantai tersebut," jelas Brown.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/27/article-1381073-0BCA86A100000578-905_634x419.jpg


Sebaik sahaja dia berjaya merakam gambar pada jarak sekitar 300 meter, ia jelas menunjukkan seekor rusa walaupun tidak diketahui bagaimana ia boleh berenang.
Selepas berenang, rusa itu kemudian kembali ke darat sambil meneruskan perjalanan di sepanjang teluk.-Agensi