Isnin, 9 Mei 2011

Banglo Tengku Adnan terbakar

NEGARA


RUMAH banglo Tengku Adnan (gambar kecil) di Taman Duta, Kuala Lumpur yang terbakar semalam.



KUALA LUMPUR – Rumah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di sini nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar semalam.
Tengku Adnan berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd. Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut rosak sehingga mengeluarkan percikan api.
“Ketika kejadian pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa.
“Anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat sama bagi memaklumkan kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


sumber: Kosmo!