Ahad, 1 Mei 2011

OMELET ENAK


Masa Penyediaan
15 Minit
Saiz Hidangan
2 Orang
Selain menggunakan telur biasa, anda boleh menggunakan telur omega. Telur ini bukan sahaja rendah dengan kolesterol malah mengandungi khasiat omega yang penting untuk perkembangan otak anak. Jika anda memilih memberikannya telur biasa, anda boleh gunakan telur putih sahaja. Jika anda menggunakan telur omega anda boleh memberikannya telur putih dan kuning.
BAHAN-BAHAN :
1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
5 sudu besar sayur campur
1 batang sosej dihiris nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Panaskan kuali leper di atas api yang sederhana. Setelah panas, masukkan minyak
masak. Biarkan sehingga minyak betul-betul panas. Sementara itu sediakan sosej yang dihiris nipis. Kemudian, sediakan sayur campur seperti kubis bunga, putik jagung dan brokoli. Hiris nipis nipis kesemua sayur tersebut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian campurkan sosej yang sudah dihiris terlebih dahulu. Kemudian masukkan sayur campur dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam kuali yang sudah panas dan biarkan sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. Kecilkan sedikit api.
4. Kemudian, terbalikkan telur tadi dan biarkan selama kira-kira satu minit. Setelah kedua-duanya belahnya kekuningan, segera angkat dan masukkan ke dalam piring. Hal ini penting supaya telur anda tidak terlalu garing hingga menghilangkan khasiat di dalamnya.
5. Potong telur tadi mengikut ukuran yang anda ingini. Kemudian, susun bertingkat ke atas pinggan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
6. Hidangkan dengan sos tomato atau pun mayonis. Anak anda pasti menggemari rasanya dan teksturnya yang pelbagai. Walau pun hidangan ini mudah disediakan namun, ia merupakan hidangan yang lengkap. Sertakan sekali secawan susu untuk si kecil.


sumber : Majalah Pa&Ma