Sabtu, 14 Mei 2011

Terjun bungee 105 kali

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386490-0BFCFFDC00000578-47_634x476.jpg
Scott Huntly



CAPE TOWN – Seorang eksekutif syarikat perlombongan, Scott Huntly, 49, membuat 105 kali terjunan bungee dari Jambatan Bloukrans di Afrika Selatan dalam tempoh tujuh jam 30 minit, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Edinburg, United Kingdom membuat terjunan itu pada Ahad lalu dan aksinya dipantau oleh seorang pegawai Guinness Book of Records.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386490-0BFCFF2000000578-621_634x475.jpg
SCOT HUNTLY  membuat terjunan bungee sebanyak 105 kali dalam tempoh tujuh jam 30 minit

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/05/13/article-1386490-0BFCFF8A00000578-932_306x479.jpg
Scott Huntly melompat dari Jambatan Bloukrans di Afrika Selatan


Terjunan itu memerlukan sebelah kaki diikat dengan tali dari satu kawasan yang tinggi.

Rekod sebelum ini dicipta oleh seorang penerjun di New Zealand yang membuat terjunan sebanyak 104 kali dalam tempoh 10 jam 30 minit. – Agensi