Lillie-Mai Jackson |
CUMBRIA - Seorang bayi perempuan yang menjalani pembedahan sebanyak 11 kali dan didakwa tiada harapan untuk hidup mengejutkan keluarganya apabila sudah pulih sepenuhnya.
Lillie-Mai Jackson sebelum pembedahan |
Lillie-Mai Jackson yang baru berumur enam bulan menghidap penyakit meningitis atau keracunan darah semasa berumur 14 minggu, menyebabkan kedua kaki dan tangan kirinya terpaksa dipotong akibat serangan virus berbahaya itu.
Lillie-Mai Jackson bersama ibubapanya Rupert Jackson dan Belinda Little |
Bayi comel bermata biru itu juga terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan pada Januari lalu.
Walaupun pada mulanya doktor hanya memberikan Lillie-Mai tempoh dua jam untuk hidup tetapi kini bayi pasangan Belinda dan Rupert Jackson itu terus hidup dan sihat seperti bayi normal lain.
sumber: Daily Mail