Campbell menandakan wajah Britney sebelum menyuntiknya dengan Botox |
CALIFORNIA - Selalunya apabila kanak-kanak tersenyum dan menampakkan lesung pipit di pipi, ia adalah sesuatu yang sangat menawan.
Tetapi jika kanak-kanak itu adalah anak perempuan kepada seorang ibu yang mahu memastikan anaknya memenangi pertandingan ratu cantik cilik, sebarang ketidak sempurnaan pada wajah anak kecil itu dianggap sebagai tidak boleh diterima.

Kerry Campbell |
Jurusolek sambilan, Kerry Campbell dikecam selepas mengaku melakukan suntikan botox terhadap anaknya, Britney, 8, kerana mahu mencegah kedutan pada wajah anaknya apabila kanak-kanak itu tersenyum.
Pengakuan mengejutkan itu menunjukkan bagaimana ibu bapa sanggup bertindak di luar batasan demi memastikan anak mereka memenangi pertandingan ratu cantik walaupun tindakan itu tidak sesuai dengan faktor umur kanak-kanak terbabit.
Beberapa pakar berpendapat, Britney bakal berhadapan dengan masalah psikologi dalam tempoh jangka masa panjang akibat rawatan itu. - Daily Mail