Ahad, 1 Mei 2011

Skyfiro




pix_middle
Skyfiro


SEKILAS pandang, memang ramai menganggap kereta ini jenis Nissan Skyline R32, terutama jika memandang bahagian belakang kereta yang jelas terpampang tulisan ‘skyline’.
Namun mereka yang arif pasti dapat mengenali wajah sebenar kereta ini. Percaya atau tidak, asal kereta ini adalah jenis Nissan Cefiro model A31.
Namun dek cita rasa tinggi si pemiliknya, dia sanggup berbelanja sehingga RM50,000 untuk pengubahsuaian dengan menggabungkan konsep kereta ‘sport’ Skyline R32.

Malah, hampir 90 peratus kereta ini menggunakan perincian di Skyline kecuali rangka menggunakan Cefiro, menyebabkan ia digelar Skyfiro, hasil gabungan dua jenis kereta berkenaan.

Lihat saja bahagian luaran kereta ini yang menerima sepenuhnya komponen luar Skyline. Biasanya padanan itu hanya dilakukan di bahagian depan tetapi berbeza dengan kereta ini, bahagian sisi dan belakang turut menggunakan komponen sama.

Pemilik juga menutup sepenuhnya cermin kecil pada tiang rangka belakang serta pembuka pintu belakang bagi membolehkan ia kelihatan seperti Skyline yang hanya mempunyai dua pintu.

Selain itu, pemilik lebih menitikberatkan prestasi kenderaan dengan memberi tumpuan lebih pada enjin.

Untuk itu, jentera RB20BET pada Nissan Skyline R32 digunakan dan menggantikan enjin asal NA RB20DE bagi memberikan kepuasan terhadap kelajuan kereta.

Perincian enjin dalam bentuk enam silinder sebaris ini berupaya menghasilkan kuasa pecutan hebat. Penggunaan turbin daripada enjin RB25DET dipadankan dengan ‘wastegate’ (alat kawalan angin dan minyak) luaran Tial, bertujuan mengawal peredaran gas ekzos di dalam ruang turbin.

Berbanding enjin empat silinder, bunyi yang terhasil daripada enjin enam silinder sememangnya mengeluarkan aura bunyi tersendiri.

Derumannya dimantapkan lagi dengan menggunakan sistem ekzos laluan lurus bersaiz 2.5 inci serta ‘mufler’ daripada jenama RSR.

Bahagian dalam kenderaan pula tidak banyak diubah kecuali tempat duduk depan jenis SSCUS berwarna merah menyerlahkan semangat yang membara.

Untuk genggaman lebih sempurna, pemilik menggunakan stereng jenis OMP selain beberapa peralatan elektronik seperti unit SAFCII versi Imamura, pemasa turbo Pivot, boost meter Pivot serta meter voltan tambahan dari Auto Gauge sebagai elemen transformasi.

Untuk tampak lebih ranggi, pemasangan rim Emperor 18 inci dengan tayar jenis Dunlop (bahagian depan) dan Toyo Proxes (belakang) menggambarkan kehebatan si kacuk Skyfiro.


TRANSMISI
  • Manual 5 kelajuan

  • Set klac HKS

  • ‘Longshaft’

  • Differential R32

  • LSD ‘full lock’

    LUARAN

  • Pelekat kereta

  • Spoiler GT

  • Lampu berperumah

    AKSESORI

  • Tempat duduk SSCUS merah

  • SAFCII versi Imamura

  • Pemasa turbo Pivot

  • Boost meter Pivot

  • Meter voltan tambahan Auto Gauge

    EKZOS

  • Paip 2.5

  • Mufler RSR

    ENJIN

  • RB20DET, turbin RB25DET

  • Injap pelepas tekanan SSQV

  • Intercooler khas

  • Penapis udara HKS

  • Pam bahan api Walbro  



  • sumber: myMetro