Selasa, 12 April 2011

Bakar rumah kerana RM200

MOHD. NOOR melihat keadaan rumah yang rosak selepas adiknya bertindak membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Alor Setar semalam.




ALOR SETAR - Gara-gara permintaan RM200 tidak ditunaikan, seorang pemuda naik berang hingga sanggup membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya berusia puluhan tahun di Kampung Alor Madi di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 6 petang itu didakwa mula tercetus apabila Mohd. Khairi Mahmud, 28, meminta wang daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50-an.
Wanita tersebut bagaimanapun enggan menyerahkan wang tersebut menyebabkan Mohd. Khairi berang.
Selepas melihat Mohd. Khairi berang, abangnya, Mohd. Noor, 33, membawa ibu mereka pulang ke rumahnya di Kepala Batas di sini kerana bimbang diapa-apakan oleh lelaki itu.
Difahamkan, dua bulan lalu, Mohd. Khairi yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah pejabat kerajaan di sini pernah mengugut untuk membakar rumah ibunya itu.
"Selepas hantar ibu (di Kepala Batas), saya datang balik ke rumah emak saya dan lihat Mohd. Khairi ada di dalam biliknya.
"Pada masa itu saya terhidu bau hangit dari tong gas yang diletakkan di ruang tamu rumah," ceritanya ketika ditemui di sini semalam


sumber : kosmo!