Ahad, 17 April 2011

Gadis gergasi di Thailand

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/12/article-1376073-0B977D2C00000578-32_306x556.jpg 
Malee bersama ibu bapanya, Ji dan Mam.

DENGAN ibu bapanya hanya di paras bahu, remaja gergasi belasan tahun ini yang setinggi 208.23 sentimeter adalah paling tinggi di dunia dan dia masih membesar

Dengan berat badan 130 kilogram, Malee Duangdee dari Thailand timur sedar dia berbeza dengan kanak-kanak seusianya sejak muda lagi. Ketinggiannya meningkat begitu pantas berbanding rakan sekolahnya.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/12/article-1376073-0B977ED000000578-528_634x632.jpg 
Malee Duangdee bersama kawannya, A Khoson


Ketika berusia sembilan tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya berjumpa doktor kerana menyedari perbezaan anaknya dengan rakannya dan mahu memastikan tidak ada apa-apa yang serius dengannya.

Doktor menemui ketumbuhan dalam otak yang menindih satu saraf yang mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan ketinggiannya tidak akan terhenti. Kini, Malee memerlukan suntikan yang menelan belanja kira-kira RM10,000 setiap tiga bulan untuk mengawal pertumbuhannya.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/12/article-1376073-0B977FBA00000578-497_306x556.jpg 
TERLALU TINGGI... Malee tidak muat untuk memasuki pondok telefon. 

Ketinggiannya menyebabkan gadis berusia 19 tahun ini berdepan masalah ketika bersekolah. Dia dibuli dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar kehidupannya dalam kesunyian kerana tidak mempunyai kawan.

“Saya seperti orang tidak siuman. Budak sekolah membuli dan mengejek saya. Namun, sejak berhenti sekolah, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan saya. Saya terpaksa menjalani kehidupan sendiri tetapi ia sangat sukar,” kata Malee.

Akibat ketumbuhan itu, penglihatan Malee terjejas. “Sejak kecil lagi saya dapat rasakan saya terlalu tinggi dan memakan ubat menjadi sebahagian daripada kegiatan harian saya. Namun, apabila semakin dewasa, penglihatan saya bertambah kabur. Begitu sukar untuk saya ke mana-mana.” Ibunya berkata dia dan suaminya melakukan yang terbaik untuk Malee tetapi berdepan masalah kewangan

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/12/article-1376073-0B97820600000578-265_634x466.jpg 
Malee harus mengambil ubat setiap tiga hingga enam bulan untuk mencegah ketumbuhannya dari menjadi lebih tinggi

“Suntikan itu berjaya mengawal pertumbuhannya tetapi ia sangat mahal. Malee sepatutnya disuntik setiap tiga hingga enam bulan tetapi kami sentiasa tidak dapat membiayainya,” kata Ji.
Keadaan Malee kelihatan terkawal ketika ini dan sejak meninggalkan sekolah, kehidupannya menjadi lebih tenteram.


“Di sekolah, semua pelajar mengejek saya. Ada satu yang saya tidak faham dan tidak dapat terima ialah ‘Malee pengotor’. Mereka sentiasa menyakitkan hati saya. Ia membuat saya sedih.

“Saya begitu terdesak untuk mendapatkan kawan untuk bermain. Mujur ada guru yang baik dan sentiasa cuba membantu. Kini, saya tidak ada hubungan dengan budak-budak itu.” Kebanyakan masanya kini dihabiskan dengan keluarganya, terutama adiknya, Daoruang yang berusia tiga tahun.

“Saya membantu ibu di sekeliling rumah dan memasak. Tak banyak kerja yang saya lakukan. Saya tidak mempunyai teman lelaki. Saya berasakan perkahwinan adalah sesuatu yang mustahil bagi orang seperti saya. Saya terlalu berbeza.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/04/12/article-1376073-0B9782AA00000578-640_308x519.jpg 
Malee bertemu dengan lelaki terpendek di dunia, Khagendra Thapa Magar, 18, pada bulan April 2008


“Bapa saya bimbang dengan keadaan saya. Dia tidak mengizinkan saya ke mana-mana bersendirian kerana kadangkala saya memerlukan bantuan untuk berdiri. Saya agak berat tetapi seperti gadis seusia saya yang lain, saya suka disayangi dan tinggal bersendirian, membina kehidupan sendiri dan bergembira. Tidak ada siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan.” Malee secara rasmi dinobatkan sebagai gadis paling tinggi di dunia dalam Buku Rekod Guinness pada 2009, mengatasi Elisany Silva dari Brazil. Ketinggian Elisany hanya 205.74 sentimeter.