Seorang warga emas berumur 90 tahun yang tinggal di Plymouth, England tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di garaj meletak kereta di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki itu, Donald Lambdin yang mengundurkan kereta jenis Mercedes C280 tiba-tiba tertekan pedal minyak dan keretanya itu hilang kawalan dan mengundur dengan laju dan meruntuhkan dinding batu di rumahnya itu. Kereta itu bergerak kira-kira 20 meter ke belakang rumah. Menurut Lambdin yang sudah mempunyai pengalaman memandu selama 50 tahun, kejadian tersebut sangat pantas dan dia tidak tahu bagaimana kereta itu boleh bergerak dengan laju Keretanya rosak teruk dan ia tidak lagi boleh digunakan. - Agensi |